Homepage ini direka khas oleh saya dan juga beberapa peminat Siti Elizad, memandangkan Siti Elizad adalah pendatang baru dalam dunia lakonan di Malaysia. Oleh itu saya bercadang untuk “mempopularkan lagi’ si cik Siti ni ke dalam alam siber pula.
Oleh kerana Siti Elizad ni masih baru dalam dunia glamour ni, sudah tentu kami kekurangan bahan-bahan yang boleh dipersembahkan untuk tatapan anda semua. Sekiranya anda mengaku yang diri anda adalah peminat fanatik Siti Elizad, terbayang-bayangkan Siti Elizad, atau tergila-gilakan Siti Elizad ( sampai jadi gila ), anda pasti mempunyai cerita, pengalaman atau bahan-bahan cerita dan gambar Elizad yang boleh diketengahkan di laman web ni.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai bahan atau cerita-cerita menarik tentang Siti Elizad ni, silalah hantar melalui email di alamat adsmin1@yahoo.com
Sumbangan anda amat dihargai bagi memantapkan lagi persembahan halaman web ini. Dan kepada Elizad sendiri, sekiranya Elizad sudi memberikan kerjasama atau mempunyai cerita-cerita atau gambar-gambar kenangan, sudi-sudilah hantar kepada kami melalui email. Website ni pun sebenarnya untuk awak juga.
OK, harap anda semua berpuas hati dengan persembahan website Siti Elizad ini. Salam sayang dari kami di Adsmin1.
|